INFAQ



Program Infaq 


Wahai sahabat semua, cuba kita tengok orang kafir hari ini, mereka banyak buat persediaan untuk nak jahanamkan Agama Islam , untuk nak ganyang orang-orang yang amalkan ajaran islam. Hari ini kita tengok macam-macam yang mereka buat serangan untuk hancurkan anak-anak kita. Buat lawak pasal Islam tak habis-habis.

Kita sebenarnya tengah lemah tuan-tuan. Jadi kenapa kita lemah ni tuan-tuan? Kita dah masuk dunia dalam hati kita. Kita dah sayangkan duit ,sayangkan harta kita, dah tak ada infaq, kita dah tak ada korban jihad lagi dah.....


Apa maksud jihad ni? Maksud jihad ni dari Jahadah iaitu kita bersungguh-sungguh. Kita kena bersungguh-sungguh untuk hidup ini di jalan Allah bukan jadi hamba wang. Sebenarnya Allah SWT nak bagi kita dunia ini untuk jadi khalifah. Kita duduk didunia ini untuk jadi hamba Allah,  ibadat kepada Allah. Tapi hari ini kita telah di digobrokkan dengan satu sistem slivery yang luar biasa iaitu gaji.

Nabi SAW tak ajar kita bagi gaji tapi Nabi SAW ajar kita untuk ambil upah. Ambil upah itu penting, berniaga itu penting.


Saya menyeru kepada kalian semua, jika kita nak selamat dunia akhirat kita kena buat persediaan ini.

Kalian kena mula belanja harta kalian ke jalan Allah. Kalian kena ada belanja harta ke jalan Allah. 

Nak tegakkan Agama Allah ini kena ada Infaq tuan-tuan. Allah bagi harta kat kita, Allah nak tengok, kalian boleh keluarkan tak harta tu

balik...Itu je...


Jom sahabat , saya hanya ingin ajak kalian bersungguh-sungguh ke jalan Allah, infaq harta, jaga anak isteri, buat sunnah Nabi SAW, jangan tinggal solat...itu yang saya nak ajak kalian. Pada saya, saya nak kita ikut cara Nabi SAW. Fokus pada diri sendiri, keluarga, kawan-kawan, saudara mara kalian dan improve diri kalian.


Al-Baqarah Ayat 261

Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Mahaluas, Maha Mengetahui


Niatkan di hati 

“Ya Allah, jadikanlah infaq ku ini sebagai simpanan yang menguntungkan dan jadikan ia pemberian yang membawa manfaat yang tidak putus-putus.”


P/s :

“Mudah-mudahan Allah memberi pahala atas apa yang engkau berikan, memberikan barakah atas apa yang masih ada di tangan mu dan menjadikannya sebagai pembersih bagi mu.”


Jomlah kita INFAQ!!!




Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
INFAQ/SEDEKAH/HADIAH
KELUARGA KUDA ANGKAT
ZAKAT PENDAPATAN
INFAQ - KECEMASAN
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


PENGESAHAN