KELAS PANAHAN BERKUDA

ORIGINAL KASSAI SISTEM


Alhamdulillah, dengan lafaz    saya mengucapkan rasa syukur yang tidak terhingga ke hadrat Ilahi kerana setelah penantian selama 10 tahun, kini saya telah diiktiraf sebagai International Judges bagi Panahan Berkuda Original Kassai Sistem (OKS) oleh Grand Master Kassai Lajos dari World Federation Archery of Equestrian (WFEA) pada tanggal 24 November 2023. 


Ladang Alam Warisan kini diiktiraf menjadi lokasi bagi Panahan Berkuda Original Kassai Sistem di Malaysia .Ini adalah satu yang amat membanggakan dimana kami berjaya menaikkan nama negara Malaysia sebagai negara ke 36 yang diiktiraf oleh WFEA dan semoga dipermudahkan urusan kita untuk mengembangkan sunnah memanah dan berkuda. InshaaAllah.



Kini kami di Ladang Alam Warisan akan meneruskan perjuangan ini dengan membuka ruang dan peluang kepada kalian untuk sama-sama mempelajari teknik panahan berkuda OKS ini dengan mengikuti kelas-kelas yang akan dijalankan secara berterusan sehingga mencapai ke tahap tertinggi. OKS adalah yang terbaik di dunia untuk menilai tahap pengetahuan dan perkembangan profesional pemanah berkuda dalam pelbagai kategori.

Sebagai pemula, untuk kalian memulakannya, disiplin dalam OKS ini adalah sesuatu keputusan yang tepat.


Bermula tahun 2024, Ladang Alam Warisan membuka peluang kepada kalian untuk mendaftarkan anak-anak bagi kelas OKS ini dengan mengikuti pakej-pakej menarik yang telah diaturkan. Sebagai ibubapa sudah pastinya kita mahukan yang terbaik untuk mereka dan memenuhi waktu mereka dengan aktiviti yang bermanafaat.


Apa yang akan mereka belajar dalam Pakej Kelas OKS ini?

1) Berpeluang belajar teknik memanah jarak jauh (45meter) yang bakal memberikan kelebihan untuk menguasai disiplin memanah berkuda yang lain

2) Berpeluang untuk belajar melatih kuda bagi melaksanakan disiplin OKS ini

3) Mempelajari teknik unik panahan pantas dan " speed shooting "

4) Belajar bagaimana sistem pemarkahan  dan disiplin yang dipertandingkan dalam WFEA

5) Belajar memahami sistem pertandingan dan pemarkahan yang menjadi kayu ukur kepada pertandingan di seluruh dunia bagi OKS


Siapa yang boleh menyertai Pakej Kelas OKS ini?

Kelas ini terbuka kepada dua (2) kategori :

1) Pelajar Sekolah Rendah ( 10-12 tahun)

2) Pelajar Sekolah Menengah (13 - 17 tahun)




Terdapat tiga (3) pakej yang boleh dipilih untuk daftarkan anak-anak kalian :



Pakej yang ditawarkan amat berpatutan.

Terhad kepada 100 orang bagi setiap kategori umur.

Daftar segera !!!








Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Kelas Panahan Original Kassai System BELUM MULA
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN


PENGESAHAN