Jika kalian adalah seorang ibu atau bapa, kalian wajib teruskan pembacaan ini.
Ambil perhatian.
Dunia semakin tenat. Ini adalah realiti.
Generasi kini semakin terbuai dengan keseronokan duniawi yang disajikan setiap hari melalui media sosial.
Rancangan di televisyen mewah dengan genre negatif. Tiada moral, tiada pengisian, tiada pengajaran disebaliknya.
Handphone seolah menjadi perkara wajib ada buat anak-anak kita. Akaun media sosial menjadi rutin yang perlu mereka update setiap hari.
Belum lagi dengan terjebak permainan video. Chatting dengan orang yang tidak dikenali dan akhirnya ke kancah maksiat!
Anak jadi pemalas, ke sekolah buli rakan, malah ada yang sampai mati!
Itu sajian anak-anak hari ini.
Ini realiti.
Realitinya walaupun anak-anak kita baik, namun lihat sahaja sekelilingnya. Adakah kita mampu mengawal setiap pergerakan anak, setiap rutin anak-anak kita?
Apa yang kita boleh lakukan?
Jika ada satu program yang dapat mempersediakan anak-anak kita dalam menghadapi cabaran akhir zaman, sudah bersediakan kalian?
Ini bukan ancaman, atau nak menakutkan kalian. Ini adalah satu realiti pahit yang kita tak boleh lari darinya.
Kita perlu buat sesuatu. Untuk anak-anak kita. Demi masa depan mereka. Saya juga ada anak. Anak lelaki dua orang. Saya mempersiapkan mereka untuk masa depan tetapi ianya tidak mencukupi jika saya sekadar memikirkan anak saya sahaja.
Kita ada tanggungjawab pada umat dan rakan-rakan anak saya yang lain. Kalau kita mahu anak kita elok anak orang lain juga perlu kita elokkan kerana, pengaruh rakan sebaya ini cukup luar biasa.
Saya perlu buat sesuatu yang lebih besar. Bukan hanya mendidik dan mempersiapkan anak-anak saya sahaja, tetapi juga anak kalian. Suatu hari nanti, merekalah yang akan membentuk dunia ini. Bukan kita lagi.
Satu rangkaian persahabatan yang berteraskan kepada Al-quran dan Sunnah Nabi perlu kita bentuk dari sekarang agar kita dapat memastikan pergaulan anak-anak kita adalah pergaulan di kalangan mereka yang baik akhlak dan peribadinya.
Sejujurnya, ada anak-anak yang lebih suka menghabiskan masa sendirian di dalam bilik, dengan dunia mereka sendiri berbanding menghabiskan masa bersama keluarga.
Kita perlu buat sesuatu.
Rasulullah SAW pernah bersabda,
“Dan hendaklah kalian persiapkan kekuatan (yakni memanah) untuk (melawan) mereka (musuh-musuh Islam) apa yang kalian mampu daripada kekuatan serta berupa pemeliharaan kuda. Dengannya kalian dapat menakuti musuh Allah dan musuh kalian serta musuh-musuh lainnya selain mereka. Dan tidaklah kalian mengetahui mereka, namun Allahlah yang mengetahui mereka. Dan tidaklah kalian menginfaqkan sesuatu di jalan Allah, melainkan pasti akan digantikan (balasannya) kepada kalian dan kalian tidak akan dizalimi.” – Surah Al-Anfal Ayat 60.
Nabi Muhammad SAW ada membacakan Surah Al-Anfal Ayat 60 ini didalam khutbah Jumaat Baginda dan kemudian Baginda SAW menyatakan bahawa:
" Ketahuilah oleh kalian bahawa sesungguhnya,
Kekuatan itu adalah memanah,
Kekuatan itu adalah memanah,
Kekuatan itu adalah memanah."
Baginda SAW mengulanginya sebanyak tiga kali. Ini menunjukkan Baginda SAW amat menekankan panahan ini sebagai tunjang persediaan kekuatan untuk menghadapi segala cabaran.
Semua permasalahan ini boleh kita tangani dengan mengambil langkah awal yang dapat menawarkan solusi yang relevan dan bermanfaat bagi ibu bapa serta anak-anak dalam memberikan sokongan yang tepat bagi perkembangan dan kesejahteraan mereka.
Kesedaran itu perlu datang dari kita sebagai ibu bapa dan akhirnya diserapkan kepada anak-anak agar anak-anak lebih terarah kepada perkara yang dapat membantu perkembangan mereka secara fizikal, mental dan emosi.
Kami cakna tentang permasalahan yang dihadapi oleh ibu bapa dalam menangani anak-anak di zaman sekarang ini. Kami ingin bantu kalian. Kita buat dan laksanakan bersama-sama.
Perjalanan saya dan Ladang ini sudah lebih 13 tahun. Sudah tiba masanya untuk saya berhijrah dan berkongsi apa jua pengalaman dan pembelajaran sepanjang 13 tahun ini.
Apa yang saya lakukan adalah untuk mempersiapkan segala kekuatan untuk anak bangsa dan ia perlu diteruskan sehingga ke akhir hayat saya.
Besar harapan saya agar tuan dan puan dapat bersama dengan kami dalam usaha memperkasa dan memartabatkan kembali maruah anak bangsa.
Memanah dan berkuda adalah solusi dan didikan yang terbaik untuk anak-anak kita.
Oleh kerana itu, dengan penuh kerendahan hati, kami memperkenalkan program terbaik untuk anak-anak kalian.
Program Personal Development Through Horse Archery.
Program ini bakal menyerlahkan potensi anak-anak, mengeluarkan mereka dari kepompong keselesaan mereka, untuk membentuk karakter dan juga disiplin diri yang diperlukan dalam menghadapi cabaran yang mendatang.
Apakah Program Personal Development Through Horse Archery ini?
Ia adalah sebuah program panahan berkuda yang menawarkan pentauliahan antarabangsa dari Grand Master Kassai Lajos iaitu Panahan Original Kassai System (OKS).
Saya berada disana sewaktu video ini di buat bersama rakan saya Daniel Griffin dari South Afrika.
10 tahun yang lalu, saya mengembara ke Hungary semata-mata untuk mendapatkan pengalaman dan pengiktirafan ladang ini dari Grand Master Kassai Lajos.
Semasa melawat dan belajar di Kassai Valley saya lihat sendiri bagaimana sistem ini dapat membantu mendisiplin anak-anak, menerapkan nilai-nilai murni, merangsang dan mendidik anak-anak secara positif dan berketerampilan. Disiplin anak muridnya amat luar biasa.
Kejujuran yang ditunjukkan oleh anak muridnya amat mengkagumkan saya. Bayangkan mereka mengambil ujian tanpa perlu ada pemantau mahupun penilai ! Mereka menilai diri sendiri dan dari 200 orang yang mengambil ujian hanya 5 sahaja yang melepasi ujian tersebut. Cukup luar biasa!
Mulai dari saat itu, saya nekad untuk membawa sistem ini ke Malaysia! Saat itu saya sudah nampak jelas bagaimana perkara ini akan memberikan satu impak yang besar kepada anak bangsa.
Hanya selepas 13 tahun barulah Ladang ini bersedia dan pengiktirafan ini diperolehi.
OKS adalah hasil daripada 43 tahun evolusi organik dan sejak 10 tahun yang lalu ianya sudah sempurna dan tidak melakukan sebarang perubahan dalam penyesuaian lanjutan programnya. Sistem ini sudah mencapai kematanganya selepas 40 tahun diamalkan di seluruh dunia.
Sistem ini adalah yang terbaik di dunia untuk menilai tahap pengetahuan dan perkembangan profesional pemanah berkuda dalam pelbagai kategori. Kita mahu melahirkan pemanah berkuda dan individu yang penuh dengan nilai-nilai murni. Bukan sekadar atlit tanpa pengisian jiwa dan rohani.
Jika sekadar menjadi pemanah berkuda, banyak sahaja tempat di luar sana yang menawarkan kelas tetapi tidak sama sekali dengan sistem ini. Tidak sama seperti yang saya lihat di Kassai Valley, Hungary dan semestinya tidak seperti apa yang kita bakal manifestasikan di Ladang Alam Warisan ini.
Dalam sistem ini kita bukan sahaja akan memfokuskan kepada skill panahan tetapi termasuk juga dengan pengisian jiwa dan rohani. Pengisian agama juga akan kita sulamkan agar bersesuaian dengan kemahuan dan kehendak Allah SWT. Budaya bangsa kita juga akan kita masukkan dan sesuaikan dengan panahan ini. Ini sebenarnya adalah permintaan dari pengasas OKS ini Grandmaster Kassai sendiri agar kita mengekalkan budaya dan agama dalam perlaksanaan sistem ini. InsyaAllah kita akan buat yang terbaik.
13 tahun yang lalu, saya mula mempersiapkan ladang ini dan anak-anak saya. Begitu ramai pemanah berkuda yang dilahirkan hingga menjadi juara dunia, dan jurulatih yang luar biasa. Hanya dengan ini, saya dapat menunjukan kesungguhan saya untuk membawa sistem ini ke Malaysia. Ianya bukan satu perjalanan yang mudah tetapi tidak mustahil.
Alhamdulillah saya berjaya membawa sistem ini ke Ladang Alam Warisan. Ianya untuk anak-anak saya, dan juga untuk anak-anak kalian...
Ladang Alam Warisan adalah satu-satunya tempat panahan berkuda yang telah mendapat pengikhtirafan untuk melaksanakan Panahan Original Kassai System (OKS) ini.
Grand Master Kassai Lajos sendiri telah datang ke Ladang Alam Warisan untuk memberi pengiktirafan ini pada November 2023 kepada saya.
Alhamdulillah, saya juga telah diikhtiraf sebagai yang pertama dan satu-satunya individu di Malaysia sebagai International Judge oleh Grand Master Kassai Lajos bagi mengembangkan lagi Panahan Original Kassai System di Malaysia.
Kami juga telah menganjurkan Kursus Meet The Grand Master of Master: Kassai Lajos di mana kursus ini menghimpunkan pemanah-pemanah berkuda dari dalam negara dan luar negara, untuk mempelajari teori dan praktikal OKS selama 6 hari 5 malam.
Kami telah menganjurkan Kem Cuti Sekolah OKS yang mengumpulkan seramai lebih 200 peserta untuk dua sesi berlainan untuk pembangunan pelajar selama 5 hari 4 malam.
Alhamdulillah, program-program ini berlangsung dengan jayanya.
InsyaAllah kami ingin teruskan lagi dan lagi. Dengan tempoh yang lebih panjang dan berterusan.
Setelah lebih dari 13 tahun menceburkan diri dalam panahan berkuda ini, pelbagai kejayaan telah saya kecapi di peringkat di luar negara.
Antara kejayaan terbesar saya adalah menjadi juara di peringkat dunia dalam kategori memanah Berkuda Serial Shot Berkumpulan World Martial Art Mastership sewaktu di Korea dengan menewaskan peserta-peserta dari negara lain yang merupakan saingan kuat.
Saya berkelana dan merantau ke luar negara untuk menyampai dan mengajar anak bangsa tentang panahan berkuda.
Saya mendidik dan melatih anak-anak saya Muhammad dan Abu Bakr sehingga mereka juga menjadi juara di peringkat kebangsaan dan memenangi pertandingan-pertandingan memanah berkuda yang dianjurkan.
Saya didik mereka agar sentiasa berdisiplin dan fokus. Saya mempersiapkan mereka agar mereka bersedia ke peringkat antarabangsa.
Program Personal Development Through Horse Archery ini akan dikendalikan oleh saya sendiri atau lebih dikenali dengan panggilan Coach Akmal dan dipantau oleh Grand Master Kassai Lajos.
Program ini sangat LUAR BIASA! Ini kerana impaknya amat mendalam kepada anak-anak yang menyertainya. Kami komited untuk terus memberikan yang terbaik untuk anak-anak kita.
Kelebihan program ini:
Anak-anak kita akan ada life long learning programme yang berfasa dan mereka akan dapat bersaing dan menilai pencapaian mereka dengan para pemanah dari seluruh dunia.
Kepada anak-anak didik yang berbakat mereka akan berpeluang untuk ke Hungary bagi menyertai pertandingan memanah berkuda Kassai World Cup yang di anjurkan setiap dua tahun sekali di Kassai Valley Hungary.
Antara kelebihan program ini adalah:
1. Membuka peluang yang sangat menarik bagi perkembangan akademik dan profesional anak-anak.
2. Berpeluang mempelajari panahan berkuda ke peringkat antarabangsa dengan mengikuti panduan exam yang telah ditetapkan menerusi sistem OKS.
3. Pencapaian anak kalian dalam panahan berkuda akan dinilai dan direkodkan di peringkat dunia dalam sistem OKS.
4. Pembelajaran berterusan merangkumi teori dan praktikal.
5. Pengisian rohani dan jasmani. Pengisian Al-quran dan Sunnah.
6. Pembentukan karakter pemimpin dan khalifah yang mapan.
Kenapa anak-anak kalian perlu menyertai program ini?
1.Meningkatkan konsentrasi dan fokus melalui aktiviti memanah dan berkuda.
2.Meningkatkan kesihatan fizikal dan mental dengan menggalakkan melakukan aktiviti berbentuk fizikal.
3.Membina circle yang positif dikalangan rakan-rakan yang menyertai program ini.
4. Meningkatkan kepercayaan diri dan kebolehan diri.
5. Membentuk displin diri serta kesedaran.
6.Menjadi pemanah berkuda yang mempunyai nilai-nilai murni dan berketerampilan.
7.Mengelakkan diri dari terjebak dengan penggunaan gadget yang berlebihan.
8.Menjadi anak soleh/solehah.
AYUH DAFTAR SEGERA!!!
Tidak ada waktu yang lebih tepat lagi untuk bermula bagi MEMBENTUK MASA DEPAN ANAK-ANAK KITA! BULAN RAMADAN YANG MULIA INI DAN SETERUSNYA AYUH KITA DAFTARKAN MEREKA.
Memanah dan berkuda adalah hak anak-anak kita. Tunaikanlah hak mereka.
Jangan biarkan anak-anak kita terlepas peluang keemasan ini.
Program ini menawarkan sebuah perjalanan yang luar biasa untuk memperkayakan kehidupan anak-anak kita dengan pengalaman yang tidak ternilai harganya.
Harga asal program ini adalah RM1,920
Kini kami tawarkan harga yang paling istimewa sempena bulan Ramadan ini,
hanya RM599/pax sahaja!
Anak-anak kita akan dapat meyertai 24 kelas selama setahun mulai Mei 2024 hingga April 2025.
Memang berbaloi dan mampu milik.
Tawaran ini terbuka kepada 99 orang peserta sahaja.
Siapa yang cepat dan tangkas merekalah orang yang beruntung dunia dan akhirat.
Jika anak kalian berumur 10 tahun hingga 18 tahun, maka program ini adalah untuk mereka.
Jadi daftarlah segera dan mula bayangkan betapa besarnya potensi dan transformasi yang bakal mereka miliki dalam tempoh tersebut!