Alhamdulillah dan tahniah kepada ibu bapa yang cakna dan prihatin kepada perkembangan anak-anak kalian. Musim cuti sekolah datang lagi dan kita sebagai ibu bapa semestinya inginkan pengisian yang terbaik untuk anak-anak kita semasa cuti sekolah ini.

 

Dari anak-anak duduk dirumah dan asyik dengan telefon dan games online adalah lebih baik untuk mereka belajar sesuatu tentang persiapan diri untuk menghadapi cabaran di akhir zaman.



Kami di Ladang Alam Warisan menyediakan sebuah program cuti sekolah yang terbaik untuk anak-anak tuan puan berdasarkan kepada pengalaman kami selama 12 tahun mengendalikan program dan kursus untuk pelajar sekolah.


Sepanjang tahun 2019 hinga 2023 kami mendapat banyak permintaan dari ibu bapa 
yang mahukan program cuti sekolah untuk anak-anak mereka. Setelah melawati ladang dan mendapat pengisian dan penerangan tentang aktiviti disini mereka bertambah yakin dan percaya bahawa aktiviti utama disini dapat membantu anak-anak mereka untuk berenggang dengan gadjet, mendekatkan diri dengan alam dan mempelajari sunnah Nabi Muhammad SAW.


Maka sudah tiba masanya untuk kami menyahut seruan mereka dan memperkenalkan program cuti sekolah yang cukup luar biasa dan ditunggu-tunggu oleh semua ibu bapa cemerlang diluar sana.



 

Summercamp : Pengenalan Memanah Berkuda Original Kassai System

InsyaAllah ia bakal menjadi program cuti sekolah paling mantap dan padu yang pernah dihadiri oleh anak tuan puan yang diajar pula oleh Coach Akmal Dahalan yang telah pun diiktiraf sebagai International Judges oleh Grand Master Kassai Lajos bagi mengembangkan lagi Panahan Original Kassai System di Malaysia.



   

Summercamp kali ini akan memfokuskan kepada kepimpinan, keberanian dan semangat rijal dalam jiwa anak lelaki dan perempuan kita. Akan ada campfire, malam budaya melayu sejati dan survival camp berasaskan panahan Original Kassai System.








Anak-anak akan diajar untuk memanah berkuda. Belajar memanah berkuda? Ya,hari -hari mereka akan memanah berkuda.

Hari-hari ke naik kuda? Ye hari -hari naik kuda dan memanah atas kuda dan kembali mendekati alam dengan ternakan dan tanaman. Mereka akan belajar memasak dan mencari makanan dari apa yang ada disekeliling mereka. Ini akan menambah nilai kepimpinan dalam diri dan juga membentuk survival skill yang padu dalam diri mereka.










Aktiviti pada sebelah malamnya pula, anak-anak ini akan ada hafalan surah lazim dan pembaikan solat serta bacaan Al-Quran



  

Pada hujung program ini nanti , setelah 5 hari berkampung di Ladang Alam Warisan, ibubapa akan dapat menyaksikan persembahan anak-anak ini memanah diatas kuda…InsyaAllah.

(ada orang yang akan pegang dan lead  kuda tersebut)

(Safety comes first untuk anak-anak kita. InsyaAllah……)




 

Program ini sangat LUARBIASA!!!

Tempat terhad kepada hanya 50 peserta yang bertuah sahaja.

Kenapa hanya 50 sahaja ? Tak boleh ramai lagi ke?

 

Tak boleh kerana kami percaya kepada kualiti dan bukan kuantiti.

Kami komited untuk memberikan yang terbaik bagi anak-anak tuan dan puan, sekiranya keuntungan yang kami kejar maka alangkah ruginya diri kami dan anak-anak kita kerana mereka tidak mendapat perhatian dan kedalaman ilmu pengetahuan yang bakal disampaikan. Beruntungnya mereka kerana dapat peluang untuk

belajar dengan lebih dekat dan dalam bersama coach, jurulatih dan fasilitator.

 

Berapa umur yang boleh menyertai program ini?

 

Peserta bertuah ini berumur dari 10 tahun hingga 15 tahun insyaAllah.

Anak-anak yang ingin menyertai mestilah sihat dan mampu untuk melaksanakan aktiviti yang disediakan.

Bagi yang berminat untuk mendaftarkan anak-anak, kalian boleh mengisi borang dibawah dan kami akan memaklumkan kepada tuan puan tentang persiapan dan barangan yang perlu dibawa nanti.

 

Selalunya program yang melibatkan pengisian kehidupan menggunakan tools panahan,

kuda, dan alam ini kami mengenakan yuran sebanyak RM 2500 untuk setiap peserta, bagi 5 hari 4 malam tetapi pada kali ini kami hanya mengenakan bayaran sebanyak


RM 599 sahaja.

( Murah sangat dah ni …)

 


Bila tarikh nya?

Summercamp ini akan bermula pada

17 Disember 2023 – 21 Disember 2023

5 Hari 4 Malam


Di Ladang Alam Warisan

Seri Menanti, Negeri Sembilan


 

 

 

Apa tunggu lagi, daftarkan anak anda segera.Penginapan didalam glamping bagi 32 peserta terawal mendaftar….kena cepat… 

Selebihnya kita sediakan khemah InshaaAllah…Rugged Camping style di Ladang.


Klik link dibawah dan mendaftarlah segera!

Tempat terhad.




Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
SUMMERCAMP-OKS
BELUM MULA
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN


PENGESAHAN