PROGRAM TERBAIK
Summer Camp : Introduction to Horse Archery
Original Kassai System
Alhamdulillah.....Program Summer Camp : Introduction to Horse Archery Original Kassai System 2023 Siri 1 telah pun berakhir. Syukur ke hadrat Ilahi kerana program yang dijalankan telah pun berlalu dengan jayanya dan majoriti peserta serta ibubapa berpuashati dengan respon yang diperolehi dari anak-anak mereka. Tahniah kepada ibu bapa yang cakna dan prihatin kepada perkembangan diri anak-anak mereka.
Musim cuti sekolah akan datang lagi pada bulan Februari 2024 dan kita sebagai ibu bapa semestinya inginkan pengisian yang terbaik untuk anak-anak kita semasa cuti sekolah akan datang ini.
Dari duduk di rumah dan asyik dengan telefon dan online games adalah lebih baik untuk mereka belajar sesuatu tentang kepimpinan dan persiapan diri untuk menghadapi cabaran di akhir zaman.
Summer Camp : Introduction to Horse Archery Original Kassai System ini sebenarnya bertujuan untuk :
1) Belajar Sunnah Memanah dan Berkuda
2) Membentuk diri mereka menjadi pemegang amanah yang baik, anak yang soleh/solehah dan
pelajar yang sentiasa ingin belajar dan terus belajar.
3) Membentuk kepimpinan dan karakter cemerlang dan baik.
4) Summer Camp ini dapat membentuk dan menempa jiwa anak-anak jadi tabah dan cekal.
5) Ia juga dapat mendekatkan mereka kepada penternakan dan alam.
Grand Master Kassai Lajos mencipta sistem peraturan kompetitif memanah kuda pada akhir 1980-an, dan mula menyebarkan sukan baharu ini, pertama di Hungary, dan dari 1990-an di seluruh Eropah, Amerika Syarikat dan Kanada. Dia membiasakan dirinya dengan kyūdō di Kamakura, Jepun, dan mengembara ke Shaolin di China untuk belajar.
Beliau mengasaskan pusat memanah kuda Hungary, Kassai-völgy, berhampiran Kaposmérő. Pusat memanah kuda berdasarkan sekolah Kassai kini beroperasi di 14 negara, dan menganjurkan piala dunia secara berkala. Hungary adalah negara pertama di dunia di mana seseorang boleh mendapatkan diploma pengajaran dalam memanah kuda.
Pengalaman ini memberikan pemahaman mendalam tentang apa yang diperlukan untuk mencapai kecemerlangan dalam memanah berkuda. Sebagai Presiden Memanah Berkuda Sedunia, objektif utamanya adalah untuk memberikan panduan yang jelas dan bersih kepada semua induvidu yang ingin menyertai dunia memanah berkuda.
Kini kami akan membuka ruang dan peluang Summer Camp : Introduction to Horse Archery Original Kassai System Siri 2 kepada anak-anak kalian di luar sana untuk cuti sekolah yang akan datang ini. Siri 1 yang telah berlangsung memberi impak yang luar biasa kepada anak-anak ini. Kini mereka telah mampu utk mendisiplinkan diri untuk bangun awal pagi, mempersiapkan diri dan mempraktikkan apa yang telah mereka pelajari sepanjang 5 hari 4 malam di Ladang Alam Warisan ini.
Summer Camp : Introduction to Horse Archery Original Kassai System
InsyaAllah ia adalah program cuti sekolah paling mantap dan padu yang pernah dihadiri oleh anak tuan puan yang diajar pula oleh Coach Akmal Dahalan yang telah pun diiktiraf sebagai International Judges oleh Grand Master Kassai Lajos bagi mengembangkan lagi Panahan Original Kassai System di Malaysia.
Summer Camp : Introduction to Horse Archery Original Kassai System ini memfokuskan kepada kepimpinan, keberanian dan semangat rijal dalam jiwa anak lelaki dan perempuan kita.
Apa yang akan anak-anak ini belajar semasa mengikuti Summer Camp: Introduction to Horse Archery Original Kassai System ini?
1) Pengisian Rohani
2) Pengisian untuk menjadi anak yang soleh dan solehah
3) Kepimpinan & jati diri
3) Memanah
4) Berkuda
5) Memanah Berkuda
Program Summer Camp ini bukan seperti program yang sarat dengan ceramah , sebaliknya peserta berpeluang untuk melaksanakan secara praktikal dengan melatih skill komunikasi mereka dengan perkongsian. Melalui panahan dan berkuda ini akan buatkan mereka berani dan boleh menguasai diri.
Aktiviti pada sebelah malamnya pula, anak-anak ini akan ada hafalan surah lazim dan pembaikan solat serta bacaan Al-Quran. Pengisian tentang apa yang mereka laksanakan pada siang harinya juga akan diberikan.
Pada hujung program ini nanti , setelah 5 hari berkampung di Ladang Alam Warisan, ibu bapa akan dapat menyaksikan persembahan anak-anak ini memanah di atas kuda…InsyaAllah.
(ada orang yang akan pegang dan lead kuda tersebut)
(Safety comes first untuk anak-anak kita. InsyaAllah……)
Program ini sangat LUARBIASA!!! Ini kerana impaknya amat dalam kepada setiap peserta yang menyertai.
Kami komited untuk memberikan yang terbaik bagi anak-anak tuan dan puan, sekiranya keuntungan yang kami kejar maka alangkah ruginya diri kami dan anak-anak kita kerana mereka tidak mendapat perhatian dan kedalaman
ilmu pengetahuan yang bakal disampaikan.
Beruntungnya mereka kerana dapat peluang untuk belajar dengan lebih dekat dan dalam bersama coach, jurulatih dan fasilitator.
Anak-anak yang ingin menyertai mestilah sihat tubuh badan dan mampu untuk melaksanakan aktiviti yang disediakan.
Kebiasaannya program yang melibatkan pengisian kehidupan menggunakan alatan panahan, kuda, dan alam ini bagi 5 hari 4 malam, bayaran yang dikenakan adalah sebanyak
RM 2500 untuk setiap peserta,
tapi kalian bertuah kerana kami hanya mengenakan bayaran
SERENDAH RM 599 sahaja
untuk mereka yang bakal menjadi peserta Summer Camp : Introduction to Horse Archery Original Kassai System ini.
Bila Summer Camp: Introduction to Horse Archery Original Kassai System akan bermula?
Di Ladang Alam Warisan
Seri Menanti, Negeri Sembilan
Tentatif Program
Apa tunggu lagi? Ayuh daftarkan anak anda segera. Penginapan di dalam glamping bagi 32 peserta terawal mendaftar….kena cepat…
Selebihnya kita sediakan khemah InshaaAllah…Rugged Camping style di Ladang.
Berita baik!!!!
Bagi peserta yang telah menghadiri Program Summer Camp Sesi 1, kalian berpeluang untuk mendaftar sebagai
Fasilitator Peserta .
Terbuka kepada 20 orang yang berumur 13 - 16 tahun sahaja.
Harga hanya RM 699.00 sahaja.
Tarikh program akan bermula pada:
11 Februari 2024 – 17 Februari 2024
Kelebihan mendaftar sebagai Fasilitator :
1) Dapat peluang belajar dan menambah ilmu pengurusan dan kepimpinan
2) Dapat belajar bagaimana untuk menjadi fasilitator OKS
3) Dapat belajar bagaimana menjadi jurulatih
4) Dapat belajar bagaimana untuk menjalankan/mengendalikan program
Apa tunggu lagi jom sahut cabaran ini.
Peluang datang hanya sekali.....
Klik link dibawah dan mendaftarlah segera!
Tempat terhad.