Ramadhan Hack : The Ultimate Vision Board & Dream Board

Assalamualaikum wbt.

Bismillahirahmanirrrahim…

 

Alhamdulillah kita bertemu semula dengan Ramadan yang amat diberkati dan mulia ini.

 

Ini adalah merupakan satu peluang dan ruang yang amat luar biasa sekali dan bulan ini semestinya memiliki banyak kelebihannya.


Namun apakah kita tahu bagaimana untuk memanafaatkan bulan ini untuk kehidupan kita sehingga bulan Ramadan yang akan datang dan juga kehidupan kita yang seterusnya?



Tahukah anda di Bulan Ramadan ini terlalu banyak ruang dan peluang untuk meminta kepada Allah SWT tentang perkara yang kita mahu dan idamkan?


Tahukah anda yang anda mampu mengubah hidup anda sepenuhnya di bulan Ramadan?


Sebenarnya ramai dari kita yang banyak mempersia-sia peluang yang ada di bulan Ramadan dan tidak tahu bagaimana untuk menggunakan sepenuhnya kelebihan di bulan yang amat luar biasa ini untuk mengubah kehidupan kita.



Semestinya pengampunan Allah SWT terhadap segala dosa kita, adalah perkara utama yang perlu kita mohon sepanjang bulan Ramadan ini tetapi selama 10 hari berbaki ini apakah perkara lain yang boleh kita minta dari Allah dan bilakah masa yang paling sesuai untuk bermohon kepada Allah dan bagaimanakah cara dan teknik terbaik untuk bermohon kepada Allah?

 

Kita sedang menjalani ibadah puasa, satu ibadah yang sangat tinggi darjatnya, yang mana hakikatnya bagi mereka yang berpuasa ini, pastinya akan dimakbulkan setiap permintaan mereka oleh Allah yang Maha Kaya.




Kita sering terlepas pandang akan perkara bermohon kepada Allah ini di bulan Ramadan. Kita seperti sering terlupa untuk meminta dan terus meminta kepada Allah di bulan yang mulia ini.


Ayuh sama-sama kita manafaatkan dan tambah ilmu kita di bulan Ramadan yang mulia ini untuk memperbaiki kehidupan kita dan meminta segala yang kita idamkan untuk kehidupan dunia dan akhirat kita.





Kami bawakan kepada anda Ramadan Hack Special :

The Ultimate Vision Board and Dream Board.


 

Apakah itu Vision board dan Dream board ini?


Ia merupakan satu alat dan teknik yang sangat berkesan untuk mencapai matlamat dan inspirasi kita.


Ia merupakan representasi visual tentang kehidupan yang ingin kita cipta, yang mana ia terdiri daripada gambar perkataan dan simbol yang mencerminkan impian dan kehendak kita.




Ramai yang telah menggunakan alat dan teknik ini untuk membentuk kehidupan yang mereka idamkan.


Apabila digabungkan dengan cara berdoa yang betul dan kelebihan di bulan Ramadan ini saya yakin ia akan memberikan satu impak yang sangat luarbiasa.



Apakah kelebihan teknik ini?

Kelebihannya adalah, ia akan membantu kita dalam proses pertumbuhan peribadi kita sebagai muslim yang sentiasa memperbaiki diri.

 

Ia juga mampu untuk membuatkan kita istiqamah dalam melaksanakan sesuatu matlamat.



Papan misi dan papan impian ini akan menjadi pendorong kita, menjadi sumber inspirasi dan juga motivasi.


Ia akan membuatkan kita untuk sentiasa fokus pada sasaran dan matlamat dan sentiasa kreatif, berdaya tahan dan keupayaan untuk berubah dalam membentuk nasib kita sendiri.



Apakah yang bakal kita pelajari?

 Di dalam kelas ini kita akan belajar:

 

  • Teknik Visualisasi menggunakan Vision Board dan Dream Board. (Ini adalah yang paling menarik sekali untuk kita belajar bagaimana untuk bermohon kepada Allah dan mendapatkan apa yang kita citakan. Apa yang kita bayangkan, kita zahirkan dengan sesuatu yang boleh kita lihat setiap hari)
  • Perbezaan Vision board dan Dream board.
  • Membina the best Muslim Vision and Dream Board.
  • Bagaimana untuk berdoa dan menghadirkan rasa khusyuk/fokus dalam berdoa.
  • Tertib berdoa yang berkesan untuk membentuk keyakinan yang kuat di dalam hati terhadap Allah SWT.
  • Bagaimana untuk mengawal pemikiran dan sangkaan kita semasa berdoa dan bermohon kepada Allah SWT
  • Waktu doa yang paling mustajab untuk bermohon kepada Allah di bulan Ramadan.
  • Apakah amalan-amalan sepanjang tahun yang boleh membuka pintu rezeki seluas luasnya untuk kita mendapatkan segala kebaikan di dunia dan di akhirat.




  • Kita juga akan belajar tentang kesilapan kita dalam berdoa dan perkara-perkara yang tidak boleh kita buat dalam proses bermohon kepada Allah.
  • Kita juga akan belajar bagaimana untuk menjaga dan membentuk sangkaan kita supaya setiap yang kita mohon Allah makbulkan dan bagaimana untuk menjaga sangkaan kita sekiranya Allah menangguhkan permintaan kita.

 



InsyaAllah kita akan berusaha untuk mengubah hidup kita yang sedia ada kepada sesuatu yang luar biasa dengan Ilmu ini.







Ramai yang tahu tentang teknik ini tetapi mereka tidak mengetahui secara terperinci bagaimana untuk menyusunnya sebagai seorang muslim yang beriman kepada hari akhirat.



 

Matlamat terakhir kita semestinya untuk berada dalam syurga dan menatap wajah Allah namun bagaimana kehidupan didunia kita pada hari ini akan dapat membawa kita kepada matlamat paling utama kita ini.



Siapa yang paling sesuai dan boleh menyertai kursus online ini?

 

Setiap mereka yang punya impian untuk mengubah nasib diri dan keluarga amat digalakkan untuk menyertai kursus ini.


Bagi mereka yang baru selesai SPM atau masih belajar di Universiti kalian amat digalakkan untuk turut serta dalam program online ini InsyaAllah.

 

Ibu bapa juga adalah mereka yang sangat sesuai untuk mengambil bahagian kerana ilmu ini pasti akan memberikan impak yang luar biasa kepada anak-anak yang didedahkan kepada perancangan dan penetapan matlamat dari awal.



 



Kelas ini juga amat perlu dan penting bagi mereka yang sedang:

  1. Mencari arah tujuan dan matlamat dalam hidup sebagai muslim yang sebenar
  2. Berimpian untuk menjadi versi yang terbaik bagi diri mereka
  3. Berusaha untuk menghalalkan bakal isteri atau suami mereka
  4. Belajar berniaga dan berusaha di atas kaki sendiri
  5. Berusaha membantu keluarga
  6. Berniat untuk menyambung pelajaran
  7. Menghadapi masalah kewangan



Dimana kursus ini akan dianjurkan?

Kursus ini akan dianjurkan secara online pada platform zoom pada 31 hb March 2024 pada jam 9:09 pagi.

 

Bagaimana untuk menyertai kursus ini?

Untuk menyertai kursus ini kalian boleh mengisi borang dibawah dan menjemput seisi keluarga untuk bersama-sama dengan kami.


Tempat terhad untuk 100 penyertaan awal sahaja.




Apa lagi yang saya bakal dapat dengan menyertai kursus ini?


Kepada mereka yang berhajat untuk membantu sahabat yang lain, kalian boleh mendaftar dan menjemput sahabat-sahabat yang lain atau menaja mereka untuk mengikuti kelas ini.


Tidak akan rugi bagi mereka yang beramal jariah di bulan Ramadan dengan Ilmu yang bermanafaat dengan mendekatkan mereka kepada Allah dan Rasul junjungan.


Untuk kelas Online ini, mahar yang kita letakkan untuk ilmu ini hanyalah RM 99 sahaja dan ianya terhad kepada 100 yang terawal.


Kalian akan berpeluang untuk berada dalam group wassap yang akan sama-sama menyokong di antara satu sama lain dalam mencapai apa yang kita idamkan.


Kelas bimbingan dan perkongsian juga akan disampaikan didalam group whatsapp ini.


Ada lagi! Mahu tambah pendapatan?

Bagi mereka yang sudah mendaftar kalian boleh menjadi affiliate untuk menjana pendapatan sampingan. RM 30 akan diberikan kepada mereka yang sudah menjadi affiliate untuk kelas online yang seterusnya. Peluang affiliate ini hanya terhad buat 100 orang yang terawal sahaja.







Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Ramadhan Hack: The Ultimate Vision Board and Dream Board
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN