PROGRAM CUTI SEKOLAH, SUMMERCAMP 4.0: 

KEPIMPINAN MELALUI SUNNAH MEMANAH DAN BERKUDA


Summercamp 4.0 : Kepimpinan melalui sunnah memanah dan berkuda


Untuk kem pada kali ini kami akan mengasah kemahiran anak-anak melalui sebuah program inovatif yang menggabungkan sunnah memanah dan sunnah berkuda. InsyaAllah kami akan memfokuskan kepada kepimpinan & pembentukkan karakter seorang pemimpin dan keberanian memimpin dalam jiwa anak-anak kita. 


Ini merupakan Summer Camp kali ke-4 yang bakal dilaksanakan pada bulan September 2024.


Sebelum ini kita memfokuskan kepada panahan tiga jari, tanpa quiver dari atas kuda yang banyak digunakan dalam disiplin Original Kassai System. Ia bersesuaian untuk pemula yang baru mengenali panahan berkuda.


Pada kali ini kami ingin memperkenalkan teknik panahan "thumb release" tanpa quiver yang lebih tinggi dan mencabar penguasaanya. Teknik ini lebih sesuai diatas kuda yang laju dan lebih pantas dan tangkas untuk mereka yang sudah menguasai panahan 3 jari. Sesuatu yang amat berguna dalam disiplin panahan berkuda untuk disiplin panahan OKS.


Sudah tentunya setiap kali summercamp dilaksanakan pastinya akan ada ilmu baru yang akan disampaikan dan yang paling penting adalah pengukuhan disiplin untuk anak-anak kita dalam mengisi waktu cuti mereka dengan program yang bermanafaat.


Dalam dunia yang penuh dengan cabaran dan persaingan, kepimpinan yang cemerlang memerlukan lebih dari sekadar skill kepimpinan dan strategi. Ia memerlukan ketajaman fokus, disiplin diri dan keupayaan untuk memimpin dan berkeyakinan.


Dalam proses belajar memanah dan berkuda ini anak-anak akan diajar untuk mengendalikan diri, mengatur pergerakkan mereka, berkomunikasi dengan baik, bertenang dalam setiap situasi dan yang paling penting bagaimana untuk bergerak dalam satu kumpulan. Inilah kelebihan panahan berkuda yang akan menambah nilai kepimpinan dalam diri dan juga membentuk survival skill yang jitu dalam diri mereka.






Apa yang akan anak-anak ini belajar semasa mengikuti Summer Camp : 

Kepimpinan melalui sunnah memanah dan berkuda.


  1. Bagaimana untuk fokus dan khusyuk
  2. Kemahiran kepimpinan dan kerjasama dalam kumpulan
  3. Perancangan dan strategi
  4. Ketahanan dan keberanian
  5. Kemahiran berkomunikasi
  6. Kepimpinan mengikut cara Baginda SAW
  7. Pengurusan masa dan kepentingan bertindak mengikut arahan.


Program Summer Camp ini bukan seperti program yang sarat dengan ceramah, sebaliknya peserta berpeluang untuk melaksanakan secara praktikal dengan melatih skill komunikasi mereka dengan perkongsian pengalaman dan rasa setiap kali selepas selesai melaksanakan tugasan.




Melalui panahan dan berkuda ini akan membuatkan mereka berani dan boleh menguasai diri dan menjadi pemimpin yang berjaya.


Program kepimpinan melalui sunnah memanah dan berkuda ini adalah kaedah perlatihan yang unik dan berkesan untuk membangunkan kemahiran kepimpinan untuk anak-anak kalian.




Kenapa kalian perlu memilih program ini untuk anak-anak?


1. Menggunakan pendekatan yang berbeza. Mengintegrasikan teknik penyampaian dengan aktiviti fizikal yang memerlukan anak-anak untuk berbuat dan melaksanakannya sendiri seterusnya mempercepatkan proses pembelajaran dan penyerapan maklumat.


2. Program ini melibatkan perlatihan secara langsung dimana anak-anak mendapat pengalaman dalam memanah dan berkuda. Ia memberi peluang mengasah kemahiran yang diperlukan dalam kehidupan mereka di masa hadapan dan  dalam situasi sebenarnya apabila mereka melangkah dewasa.


3. Anak-anak dilatih oleh jurulatih yang berpengalaman dalam bidang kepimpinan serta memanah dan berkuda.




PROGRAM INI SANGAT LUARBIASA !!!


Jangan lepaskan peluang, daftar segera hari ini dan mulakan perjalanan anak anda untuk menjadi pemimpin yang terbaik.


Kembangkan kemahiran kepimpinan anak anda melalui pengalaman dan pembelajaran yang bakal mereka perolehi dalam program pada kali ini.


Tempat terhad kepada 100 peserta dan hanya 30 peserta terawal yang bertuah akan mendapat harga istimewa.




Antara kelebihan dan kebaikannya memanah dan berkuda :


  1. Anak anda akan lebih fokus. Ini menjadikan mereka lebih mudah menerima maklumat dan arahan
  2. Anak lebih berdisiplin
  3. Anak lebih cerdas dan tangkas, bila panggil je terus datang
  4. Kepimpinan akan bertambah baik
  5. Karakter dan karisma diri semakin teserlah
  6. Anak mampu berinteraksi dan berkomunikasi dengan lebih baik









 

Program ini dibuka kepada peserta lelaki dan perempuan yang berumur dari

10 tahun hingga 16 tahun.

Anak-anak yang ingin menyertai mestilah sihat dan mampu untuk melaksanakan aktiviti yang disediakan.


Summercamp ini akan bermula pada

17 September 2024 – 19 September 2024

3 Hari 2 Malam





Bagi yang berminat untuk mendaftarkan anak-anak, kalian boleh mengisi borang dibawah dan kami akan memaklumkan kepada kalian tentang persiapan dan barangan yang perlu dibawa nanti.





Kebiasaannya program yang melibatkan panahan dan berkuda ini bagi 3 hari 2 malam ,

bayaran yang dikenakan adalah sebanyak 

RM 1500 untuk setiap peserta,

tapi kalian bertuah kerana kami hanya mengenakan bayaran

serendah RM399 sahaja

untuk mereka yang bakal menyertai kem ini.



Apa tunggu lagi? Ayuh daftarkan anak kalian segera.

RM299 untuk 30 peserta

terawal mendaftar ....kena cepat....


Klik link dibawah dan mendaftarlah segera!








Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Summercamp : Kepimpinan Melalui Sunnah Memanah dan Berkuda
Summercamp : Kepimpinan Melalui Sunnah Memanah dan Berkuda (EARLYBIRD)
BELUM MULA
Infaq/ Tajaan-Summercamp
JUMLAH

Kupon Diskaun

Masukkan kod kupon di bawah (jika ada) dan tuntut!

JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN


PENGESAHAN